Bagi kanak-kanak yang menghidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahir mereka tidak menangis.
0 – 10 bulan
Kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi kanak-kanak normal seperti maniarap, duduk mengesot dan sebagainya.
11 bulan
Mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak.
1 – 3 tahun
1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik.
Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku disamping berlakunya kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila dia menarik nafasnya dan menangis, warna dimukanya kembali cerah semula.
8 tahun
-Belum boleh bercakap
Akibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan lain-lain kerencatan seperti :
- - Rencatan akal (kurang kecerdasan)
- - Kerencatan pertuturan
- - Rencatan penglihatan
- - Rencatan pendengaran
- - Sawan (epilepsy)
- - Kecacatan anggota
- - Kecacatan gigi
- - Masalah mengenai pernafasan
- - Masalah mangenai pemakanan
- - masalah untuk buang air besar atau kecil.
No comments:
Post a Comment