Cerebral Palsi (CP) adalah satu penyakit kanak-kanak yang mengganggu pengendalian fungsi motor disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang.
Kanak-kanak Cerebral Palsi (CP) adalah kecacatan anggota disebabkan oleh cacat hubungan saraf di antara bahagian otak dengan bahagian badan semasa dilahirkan atau pada awal usia. Cerebral – berkaitan dengan otak Palsy – tidak dapat mengawal otot-otot dengan sepenuhnya - kelumpuhan anggota bahagian tangan,kaki, leher, tulang belakang atau pinggul. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan – ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.
Sebelum Kelahiran
- - Jangkitan dalam rahim
- - Ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung
- - Pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung
Semasa Proses Kelahiran
- - Kelahiran tidak cukup bulan
- - Kecederaan semasa lahir
- - Lemas semasa lahir
- - Jangkitan semasa lahir
Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)
- - Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak)
- - Jaundis yang teruk (kemicterus)- demam kuning
- - Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.
No comments:
Post a Comment