Saturday 20 April 2013

CARA-CARA MENGESAN KANAK-KANAK CEREBRAL PALSI

Kali ini kita akan belajar bagaimana untuk mengesan kanak-kanak yang mengalami celebral palsi. jom kita lihat. :)

Mereka dapat dikesan dari simptom-simptom yang ditunjukkan iaitu:

1. Kesukaran sewaktu makan.
Kanak-kanak akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan menyebabkan kesukaran untuk mengeluarkannya semula.

2. Masalah pernafasan.
Kanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang dan bising.

3. Masalah tidur.
Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis.

4. Masalah pertuturan.
Kanak-kanak tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleh memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan “babbling sound”. Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang di katakan kepadanya.

5. Masalah pendengaran.
Mereka hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi.

6. Masalah penglihatan.
Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan.

7. Reaksi yang tidak normal. 
Kanak-kanak sering menangis disebabkan bunyi, cahaya dan sentuhan. Kanak-kanak ini juga kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia).

8. Kemungkinan mengalami simptom-simptom terencat akal. 
Kanak-kanak mungkin mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapa, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya.


No comments:

Post a Comment